~SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012~

SATU SEMELOR BENCI DADAH!
BERSATU MENENTANG DADAH!
Hidup Bahagia Tanpa Dadah!

PELAN STRATEGI


ANALISIS PERANCANGAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (2010-2014)
( Analisis SWOT / KLAP )


KELEBIHAN/KEKUATAN (S)
1.      Pemeriksaan air kencing yang berkala kepada pelajar bermasalah disiplin.
2.      Penglibatan pelajar dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah.
3.      Ceramah / Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah dibuat setiap tahun.
4.      Pendidikan Pencegahan Dadah diserapkan dalam P&P
5.      Kerjasama sekolah dengan pihak polis dalam menangani kegiatan dadah
6.      ’Sport Check’dari semasa ke semasa
7.      Pendedahan maklumat tentang bahaya dadah kepada setiap kelas dengan menyediakan sudut pendidikan antidadah dan buletin bahaya dadah.
8.      Perkhemahan pemantapan jati diri setiap tahun.
KELEMAHAN ( W)
1.      Unit Kaunseling lemah / peranan Pembimbing Rakan Sebaya kurang berfungsi.
2.      Penyelidikan keterlibatan pelajar dalam kegiatan sosial yang tidak sihat gagal dilaksanakan
3.      Pelajar merokok di luar sekolah, tiada tindakan disiplin dikenakan kepada pelajar tersebut.
4.      Peranan Unit disiplin semata-mata sebagai sebuah badan pelaksana denda atau hukuman . Jenis denda dan hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang melanggar disiplin kurang memberi pengajaran/ didikan.
5.      Pesalah disiplin/ pelajar bermasalah tidak dibimbing /tidak diberi peluang memperbaiki diri dan mengenali sifat diri dan potensi diri yang baik.
PELUANG ( O )
1.      Penguatkuasaan pemantauan secara kerap dilakukan oleh  pihak berkuasa di kawasan berisiko tinggi yang terlibat dengan dadah.
2.      Peruntukan kewangan daripada Unit Antidadah Negeri Sabah untuk menjalankan aktiviti Kempen Anti Dadah
3.      PIBG dan sekolah mengubal pelembagaan disiplin sekolah yang lebih menjurus kepada pembinaan kesihatan fizikal,mental dan spiritual.
4.      Pakar-pakar motivasi minda ramai di Malaysia untuk dijemput ke sekolah.
5.      Kerjasama dengan badan-badan kebajikan untuk menempatkan pelajar-pelajar bermasalah bagi tujuan kerja amal.
6.      Badan dakwah daerah melaksanakan program keagamaan
ANCAMAN ( T )
1. Pengaruh persekitaran yang tidak kondusif. Pelajar-pelajar amat bebas bercampur gaul dengan rakan-rakan dan orang dewasa yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak sihat.
2.Ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tidak berperanan sebagai pembimbing,Ibu bapa kurang pendedahan pendidikan menangani anak-anak bermasalah dan ibu bapa tidak serius memantau kegiatan luar anak-anak mereka.
3. Rokok, minuman keras dan dadah amat mudah diperolehi di pasaran.
4. Terlalu banyak pusaat-pusat hiburan di sekitar Ranau yang tidak dipantau oleh pihak berkuasa.
5. Institusi kekeluargaan yang longgar . Ibu bapa bercerai.
6.Ibu bapa tinggal di kebun berhari-hari manakala anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah tanpa pemantauan.
7. Ibu bapa tidak memberi pendidikan rohani yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak hanya alat untuk mencapai kehidupan yang selesa melalui pencapaian akademik yang cemerlang dan berharap anak-anak tersebut akan memperolehi pekerjaan selepas tamat persekolahan.

..............................................................................................................................................................................


ISU, MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI & SASARAN

BIDANG
PPDA
ISU
Ramai Kadar merokok dalam kalangan pelajar lelaki meningkat setiap tahun apabila naik ke tingkatan yang lebih tinggi
MATLAMAT
Mencegah tabiat merokok dalam kalangan pelajar
OBJEKTIF

100% pelajar mengetahui keburukan dan akibat merokok

98 % pelajar benci akan rokok dan sedar akan tabiat merokok tidak memberikan kebaikan.

50% pelajar boleh membantu pihak-pihak berkenaan mencegah tabiat merokok dalam kalangan pelajar/ bertindak menegur,menasihati pelajar-pelajar yang merokok serta menyokong aktiviti-aktiviti pencegahan / kempen merokok.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA
( KPI )

 Hasil  /dapatan kaji selidik di setiap tingkatan tentang tabiat merokok dalam kalangan pelajar dan berdasarkan laporan guru disiplin .
SASARAN  ( % )
TOV
Daripada laporan disiplin dan pemerhatian guru-guru serta aduan daripada para pelajar terdapat ramai pelajar merokok terutama dalam kalangan pelajar lelaki
2010
83
2011
87
2012
92
2013
97
2014
99

...........................................................................................................................................................................................................
 
MATRIKS TOWS UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDA )
 

DALAMAN




LUARAN

KEKUATAN ( S )

S1- Kerjasama guru-guru dan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum amat menggalakkan.
S2- Program Pendidikan Pencegahan Dadah Sepanjang Tahun telah ditetapkan dan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah,negeri dan kebangsaan.
S3- Aktiviti Perkhemahan  oleh persatuan dan kelab secara tidak lansung menyumbang kepada pemantapan fizikal dan sahsiah pelajar untuk menangani pengaruh negatif daripada luar.
S4- Pemeriksaan / pemantauan pelajar-pelajar   bermasalah   dibuat dari semasa ke semasa




KELEMAHAN ( W )

W1- Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan sebaya kurang berfungsi dalam merawat pelajar bermasalah disiplin terutama mereka yang bermasalah merokok.
W2- Tidak ada data yang tepat tentang keterlibatan pelajar dalam rokok ,dadah dan gejala negative di sekolah mahupun di luar sekolah
W3-Pelajar bebas merokok di luar sekolah kerana sekolah tidak ada kuasa untuk mengenakan tindakan disiplin .
W4-Hukuman disiplin gagal menyedarkan pelajar untuk berhenti merokok.


PELUANG ( O )

O1- Kerjasama pemantauan daripada pihak berkuasa tempatan amat baik
O2- Mudah mendapatkan peruntukan kewangan, khidmat penceramah daripada ADK,Penjara,Kesihatan dan individu tertentu untuk menjayakan program.
O3- Program yang dilaksanakan mendapat kerjasama  dan sokongan penuh daripada PIBG dan masyarakat luar.
O4- Badan-badan dakwah sentiasa bersedia untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah tingkah laku.
ANCAMAN ( T )

T1- Persekitaran tempat tinggal tidak kondusif.Pelajar bebas bercampur gaul dengan rakan-rakan dan orang dewasa yang terlibat dengan kegiatan social tidak sihat
T2- Penceraian ibu bapa , ahli keluarga tidak berperanan membimbing. Kegagalan ibu bapa memantau kegiatan luar anak-anak dan kurangnya ilmu mendidik anak-anak menghadapi dan menangani arus globalisasi.
T3- Rokok,minuman keras dan dadah amat mudah diperolehi di pasaran.
T4- Pusat hiburan di Ranau terlalu banyak yang tidak dipantau oleh pihak berkuasa.
T5- Ibu bapa tinggal di rumah kebun berhari-hari manakala anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah tanpa pemantauan.
T6- Ibu bapa gagal memberi pendidikan rohani secukupnya kepada anak-anak mereka. Anak dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan kehidupan yang selesa melalui pencapaian akademik dan berharap anak-anak akan memperolehi pekerjaan selepas tamat persekolahan tanpa menitik berat perkara pemantapan dan penghayatan keagamaan.
T7- Ibu bapa dan kebanyakan ahli keluarga tidak menunaikan/melaksanakan perintah tuhan.
STRATEGI ( S+O )
( Gunakan kekuatan untuk rebut peluang )

-Kerjasama dan sokongan kuat daripada pihak sekolah, ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat memudahkan dan menjayakan program agar mencapai objektif.




STRATEGI  ( W+ O )
(  Atasi kelemahan dengan mengambil peluang )

-Meningkatkan Profesionalisme Unit UBDK /PRS  dengan adanya  kerjasama daripada agensi-agensi berkenaan.
-Meningkatkan kesedaran untuk membanteras merokok melalui kerjasama sekolah,ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan.



STRATEGI (  S-T )
( Gunakan kekuatan untuk menghadapi ancaman )
-Pihak sekolah mengadakan perbincangan/
kaunseling kelompok dengan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak bermasalah
-Perkhemahan dikendalikan oleh mereka yang
profesional .
-Memastikan satu jawatankuasa tindakan disiplin
 yang disertai oleh ibu bapa, pihak keselamatan,
individu tertentu dan agensi-agensi berkenaan.
-Maklumat data pelajar-pelajar bermasalah tingkah
 laku lengkap dan dikemaskini untuk memudahkan
sebarang tindakan susulan jika berlaku
pelanggaran disipin ataupun salah laku di luar
kawasan sekolah
-Sekolah Melaksanakan Program Pemantapan
rohani yang dikendalikan oleh badan-badan dakwa
dan agensi-agensi berkenaan
STRATEGI ( W – T )
( Minimakan  kelemahan dan elakkan ancaman )

-Pihak berkuasa hendaklah memeriksa pusat-pusat hiburan di daerah Ranau sekerap mungkin.

-Pelajar yang merokok,meminum arak dan yang mempunyai salah laku diwajibkan membuat kerja amal dan dipantau oleh satu jawatankuasa khusus.

-Ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah diberi kursus khusus keibubapaan





 

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP