~SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012~

SATU SEMELOR BENCI DADAH!
BERSATU MENENTANG DADAH!
Hidup Bahagia Tanpa Dadah!

Sejarah PPDa

Tuesday, July 20, 2010


Menyelusuri sejarah penubuhan PPda..

Pada 3 Februari 1988:

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.

Pada tahun 2004:

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007:

Semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

Read more...

VISI,MISI DAN MATLAMAT PPDa SMK.LOHAN,RANAU SABAH

Tuesday, July 6, 2010

VISI

Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015

MISI

Melahirkan pelajar yang berketrampilan,berakhlak dan bebas daripada pengaruh dadah melalui pelaksanaan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) di peringkat sekolah.

MATLAMAT

Matlamat PPDa SMK.Lohan adalah untuk memberi pengetahuan dan menyedarkan warga sekolah,ibu bapa dan orang awam betapa bahayanya dadah agar mereka menjauhi dadah dan bekerjsama membanters pengaruh dadah dalam kalangan masyarakat setempat.

Read more...

KENAPA AKU TAK NAK HISAP DADAH?

Monday, July 5, 2010



Dari aku, punya kawan..


Ramai orang kata; dadah itu haram, bahaya, tak baik, musuh negara dan macam-macam lagilah..
Tapi masih ada orang hisap dadah.. Kenapa? Nda faham bahasa Melayu kah?..

Tapi aku?.. Aku tak nak hisap dadah.. Kenapa???

Yang paling memberi kesan kepada aku adalah iklan kempen anti dadah. Aku tak berapa ingat, tapi satu adegan yang sampai sekarang masih melekat di kepala aku adalah melihat seorang lelaki yang seakan-akan tengkorak hidup yang merangkak naik di atas tangga menuju ke pintu sambil meronta-ronta dengan suara yang penuh dengan reverb dan delay. Memang berkesan!!

Selain itu, mari sama-sama lihat kenapa aku tidak mahu ambil dadah..


1)Tak mahu kurus sangat, jaga badan lah katakan..
Aku tau, dalam kalangan pelajar kita ada yang mahu kurus.. Bila kaki kurus, muatlah pakai seluar skinny jeans tu kan.. tapi kalau kurus macam bangkai bernyawa tu? Siapa yang mau? Aku tak main, no class betul.




2) Aku mesti sentiasa dalam keadaan terkawal..
Seorang penagih dadah akan selalu gelisah, hidung berair, mata merah dan pemarah.. Setahu aku, itu kalau sudah gian sangat.. Kalau yang baru mula pula ni, dia akan rasa gelisah.. Rasa panas sejuk.. Badan rasa kebas.. Nah! Kalau begini macamana mau kawal diri?.. Hilangcharming terus.. Tak cool lah kawan..


3)Aku nak hidup gembira..
Dadah tu kan haram di sisi undang-undang, siapa yang didapati MEMILIKI, MENGEDAR, MENAGIH dadah.. Kita sudah tau bahananya.. Masuk PENJARA, SEBAT, DENDA.. Ah, jadi lebih baik elakkan saja.. buat habis fulus ja.. Kalau dari sisi agama pula, nah.. pun haram juga.. Bagitau lah agama apa pun, tetap menginginkan kebaikan untuk penganutnya.. Dalam Islam, dadah itu haram kerana dadah adalah sesuatu yang memudaratkan umatnya..


4)Aku nak jimat fulus..

Satu peket dadah.. kata cikgu aku, lebih kurang RM10-50.. itupun baru 10-50 gram.. Bandingkan dengan poko'ok (sambil cikgu memperlihatkan dua jari tangannya untuk membandingkan saiz poko'ok tersebut), sebesar dua jari sudah 200 gram.. Ini pula dadah 10 gram, wah kecilnya tu.. Lebih baik jimat duit untuk perkara yang lebih berfaedah.. tak pun, KFC pun jadilah..


5)Dadah buat aku hilang charming..
Dadah sekarang tak cool lagi kawan.. Bandingkan dengan hero 007 kita, James Bond!!.. Bandingkan dengan Minho, artis keminatan aku daripada kumpulan ShineE.. Huh! Sah!! Dadah tidak cool..


6)Dadah buat aku hilang tumpuan..
Kita sebagai pelajar, akan menjadi pemimpin suatu hari nanti.. Kita juga akan mempunyai kerjaya pada masa itu.. Untuk mendapatkan kerjaya yang baik, kita harus mula saat ini juga!.. bertindak dan teruskan usaha untuk belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin..
Hehe, tapi bukan semua dalam kalangan kita rajin belajar kan? Jadi.. caranya ialah, kita harus tumpukan perhatian sepenuhnya semasa p&p dalam kelas.. Hasil kajian aku, dadah tidak menjadikan kita lebih baik daripada yang sebelumnya.. (Buat kusut fikiran ada lah..)
Pesanan aku kepada kawan-kawan "Jangan libatkan diri dengan dadah, kalau bf/gf anda terlibat dengan dadah, tinggalkan dia.. Dalam fikirannya bukan anda yang utama"..


7) Aku mahu mati dengan aman.. Bukan dengan muntah.. L
Jimi Hendrix, Janis Joplin, Jim Morrison dan Elvis Presley.. (Alhamdulillah, tiada artis Malaysia yang mati dengan cara begini).. Mereka semuanya mati terbaring akibat kombinasi dadah dan arak. Semuanya melayan gian sampai termuntah ketika tidur dan tidak boleh bernafas. Dan mati begitu sahaja..~


8)Aku tak akan hidup bebas dengan dadah..
Bila hidup dengan dadah, kecenderungan untuk berbohong berada di tahap sangat tinggi. Dengan keluarga, kawan-kawan, organisasi tempat kerja lagi, lagi, lagi anda sukar untuk mengelak dari berbohong. Bila berbohong anda telah memanipulasi seseorang, sekumpulan. Anda dengan sendirinya tidak bebas lagi kerana perlu memanipulasi untuk terus hidup. Huh!.. aku tak sanggup..


9) Rasa tak selesa@ bersalah yang berterusan.. Aku tak sanggup..
Rasa salah tapi ambil juga, terus rasa salah tapi terus ambil juga, tak berhenti-henti rasa bersalah tapi tak henti-henti ambil juga, tak nak la, tak nak la tapi akhirnya tak henti-henti, jadi BAIK TAK PAYAH. Ini akan menyeksa diri sendiri.. Kita tak akan berasa nikmat dalam syurga palsu ciptaannya..


Selain itu.. Ada ramai orang yang sayang aku.. Aku pasti anda pun disayangi oleh orang di sekeliling anda.. Aku sangat pasti.. Aku pun turut sayang dengan anda.. Buktinya, aku tidak akan biarkan anda terlibat dengan dadah.. Aku tidak mahu anda sengsara.. Aku arif dengan penangan dadah, dia tidak akan melepaskan anda setelah anda mencubanya.. Aku harap, anda juga begitu.. Sentiasa menjaga sahabat-sahabat anda daripada bahana dadah.. AKU TAK SANGGUP AMBIL DADAH.. AKU HARAP ANDA JUGA SAMA :)



Terima kasih,

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP