Menyelusuri sejarah penubuhan PPda..
VISI,MISI DAN MATLAMAT PPDa SMK.LOHAN,RANAU SABAH
Tuesday, July 6, 2010
VISI
Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015
MISI
Melahirkan pelajar yang berketrampilan,berakhlak dan bebas daripada pengaruh dadah melalui pelaksanaan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) di peringkat sekolah.
MATLAMAT
Matlamat PPDa SMK.Lohan adalah untuk memberi pengetahuan dan menyedarkan warga sekolah,ibu bapa dan orang awam betapa bahayanya dadah agar mereka menjauhi dadah dan bekerjsama membanters pengaruh dadah dalam kalangan masyarakat setempat.
KENAPA AKU TAK NAK HISAP DADAH?
Monday, July 5, 2010
Dari aku, punya kawan..
Ramai orang kata; dadah itu haram, bahaya, tak baik, musuh negara dan macam-macam lagilah..
Tapi masih ada orang hisap dadah.. Kenapa? Nda faham bahasa Melayu kah?..
Tapi aku?.. Aku tak nak hisap dadah.. Kenapa???
Yang paling memberi kesan kepada aku adalah iklan kempen anti dadah. Aku tak berapa ingat, tapi satu adegan yang sampai sekarang masih melekat di kepala aku adalah melihat seorang lelaki yang seakan-akan tengkorak hidup yang merangkak naik di atas tangga menuju ke pintu sambil meronta-ronta dengan suara yang penuh dengan reverb dan delay. Memang berkesan!!
Selain itu, mari sama-sama lihat kenapa aku tidak mahu ambil dadah..
1)Tak mahu kurus sangat, jaga badan lah katakan..
Aku tau, dalam kalangan pelajar kita ada yang mahu kurus.. Bila kaki kurus, muatlah pakai seluar skinny jeans tu kan.. tapi kalau kurus macam bangkai bernyawa tu? Siapa yang mau? Aku tak main, no class betul.
2) Aku mesti sentiasa dalam keadaan terkawal..
Seorang penagih dadah akan selalu gelisah, hidung berair, mata merah dan pemarah.. Setahu aku, itu kalau sudah gian sangat.. Kalau yang baru mula pula ni, dia akan rasa gelisah.. Rasa panas sejuk.. Badan rasa kebas.. Nah! Kalau begini macamana mau kawal diri?.. Hilangcharming terus.. Tak cool lah kawan..
3)Aku nak hidup gembira..
Dadah tu kan haram di sisi undang-undang, siapa yang didapati MEMILIKI, MENGEDAR, MENAGIH dadah.. Kita sudah tau bahananya.. Masuk PENJARA, SEBAT, DENDA.. Ah, jadi lebih baik elakkan saja.. buat habis fulus ja.. Kalau dari sisi agama pula, nah.. pun haram juga.. Bagitau lah agama apa pun, tetap menginginkan kebaikan untuk penganutnya.. Dalam Islam, dadah itu haram kerana dadah adalah sesuatu yang memudaratkan umatnya..
4)Aku nak jimat fulus..
Satu peket dadah.. kata cikgu aku, lebih kurang RM10-50.. itupun baru 10-50 gram.. Bandingkan dengan poko'ok (sambil cikgu memperlihatkan dua jari tangannya untuk membandingkan saiz poko'ok tersebut), sebesar dua jari sudah 200 gram.. Ini pula dadah 10 gram, wah kecilnya tu.. Lebih baik jimat duit untuk perkara yang lebih berfaedah.. tak pun, KFC pun jadilah..
5)Dadah buat aku hilang charming..
Dadah sekarang tak cool lagi kawan.. Bandingkan dengan hero 007 kita, James Bond!!.. Bandingkan dengan Minho, artis keminatan aku daripada kumpulan ShineE.. Huh! Sah!! Dadah tidak cool..
6)Dadah buat aku hilang tumpuan..
Kita sebagai pelajar, akan menjadi pemimpin suatu hari nanti.. Kita juga akan mempunyai kerjaya pada masa itu.. Untuk mendapatkan kerjaya yang baik, kita harus mula saat ini juga!.. bertindak dan teruskan usaha untuk belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin..
Hehe, tapi bukan semua dalam kalangan kita rajin belajar kan? Jadi.. caranya ialah, kita harus tumpukan perhatian sepenuhnya semasa p&p dalam kelas.. Hasil kajian aku, dadah tidak menjadikan kita lebih baik daripada yang sebelumnya.. (Buat kusut fikiran ada lah..)
Pesanan aku kepada kawan-kawan "Jangan libatkan diri dengan dadah, kalau bf/gf anda terlibat dengan dadah, tinggalkan dia.. Dalam fikirannya bukan anda yang utama"..
7) Aku mahu mati dengan aman.. Bukan dengan muntah.. L
Jimi Hendrix, Janis Joplin, Jim Morrison dan Elvis Presley.. (Alhamdulillah, tiada artis Malaysia yang mati dengan cara begini).. Mereka semuanya mati terbaring akibat kombinasi dadah dan arak. Semuanya melayan gian sampai termuntah ketika tidur dan tidak boleh bernafas. Dan mati begitu sahaja..~
8)Aku tak akan hidup bebas dengan dadah..
Bila hidup dengan dadah, kecenderungan untuk berbohong berada di tahap sangat tinggi. Dengan keluarga, kawan-kawan, organisasi tempat kerja lagi, lagi, lagi anda sukar untuk mengelak dari berbohong. Bila berbohong anda telah memanipulasi seseorang, sekumpulan. Anda dengan sendirinya tidak bebas lagi kerana perlu memanipulasi untuk terus hidup. Huh!.. aku tak sanggup..
9) Rasa tak selesa@ bersalah yang berterusan.. Aku tak sanggup..
Rasa salah tapi ambil juga, terus rasa salah tapi terus ambil juga, tak berhenti-henti rasa bersalah tapi tak henti-henti ambil juga, tak nak la, tak nak la tapi akhirnya tak henti-henti, jadi BAIK TAK PAYAH. Ini akan menyeksa diri sendiri.. Kita tak akan berasa nikmat dalam syurga palsu ciptaannya..
Terima kasih,
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)